galaxy mini

Translate to your language

Friday, May 6, 2011

Oh Ibu...

Sempena hari ibu pada bulan ini aku nak kongsi satu cerita...
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. 

selingan...
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Sayangilah ibu kita!!

Lelaki 8G......

Salam pada semua pelawat, kali ni nak kongsi sikit pasal 8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita


1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb) 

2.Ganas (kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer)


3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)


4.Gabrah - tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb)


5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)


6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu)


7.Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)


8.Gatal (miang keladi ngan pompuan lain)


Kesian lelaki ni kan....macam macam kena buat baru perempuan suke kat kite.......tapi tak kire la apa pun, ini cuma nasihat .......plih la pasangan dlm empat kategori ni.........agama...keturunan...akhlak...n last sekali kecantikan....tp sekiranye korang pilih yg first tu.......cnfrim korg dpt sume.... tapi bukan senang kan nak plih yg pertama tu......sebab orang sekarang banyak pilih sebab yg last dan yg kelima....duit,,hehehehehehe
Sekian wassalam.....

lain-lain artikel-best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...